… ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA …
Ya, kita di tahun baru! Jangan tampar pipi anda, kerana kita memang dah berada di tahun baru. Ini adalah realiti! Tiada yang benar, melainkan yang benar-benar belaka!
So, amacam? Excited tak?
Mesti la kan… Tahun baru… Musti la excited kan! Dengan azam baru. Semangat baru. Muka baru. Wajah baru. Pendek kata… semua baru! (kepada anda yang dah ada rancangan untuk beristeri baru, emmm… apa saya nak kata ya… emmm… apa-apa aje lah!)
“Azam. Memang la kitorang ni suka. Suka mangat! Tapi, ni ha… ada sorang kawan kita yang bersedih dengan tahun baru ni…”
“Iya ke?” saya agak terkejut. Mana tidaknya, ini adalah masanya untuk semua kita bergembira menyambut kedatangan satu lembaran baru dalam hidup. Tetapi, ada juga yang tidak. Memang tidak mustahillah jika saya agak terkejut. “Kawan, kenapa ni…? Boleh saya tahu kenapa?” saya mendekati rakan kita itu dan cuba menjadi sahabatnya buat seketika.
*** ADS By Azam Wahid ******************************
ANDA mahu BERKAHWIN??? ini TIPS nya! dah kahwin? akan kahwin? check this out dulu!
*********************************************************************************************
“Oh, awak Zam… Tak sedar plak awak datang tadi…” lemah bunyinya. Masakan dia sedar akan kehadiran saya sedangkan dia termenung sejak tibasahaja ke party kami ini. (PS: party kami adalah sah di sisi agama, norma kehidupan, protokol lapisan ozon, menyokong pemuliharaan alam, dan negara serta undang-undang ibu-ibu sedunia. Anda jangan salah faham. Tiada unsur-unsur negatif di sini… heheh…)
“Tak mengapa…” saya membalas. “Kenapa ni… boleh saya bantu?”
“Takde la Zam… saya datang ni nak makan free je… Tapi, bila sesampai je, tengokkan ramai yang suka ketawa, tak lalu la plak. Iyalah, mana taknya… dorang gembira pasal tahun baru. Sedangkan saya ni, ia langsung tak bawa makna bagi diri saya. Saya rasa saya akan teruk gini sampai bila-bila… … …”
“Oh begitu… Baik, mudah sahaja kalau itu halnya…” saya cuba mula menceriakan suasana.
“Heheh… awak nak wat lawak lagi ke Zam? Takde mudahnya dalam hal ni… Ha! Apa dia?” dia menjawab; mahu tapi segan…
“Begini. Set balik otak pemikiran awak tu.” mudah saya menjawab.
“Set balik? Aik, macam komputer la plak? Macamana tu Zam…?” dia mula membeliakkan matanya; satu tanda umum bilasahaja seseorang itu mahu tahu akan sesuatu dengan semahunya.
“Begini. Refresh balik mindset awak. Bekukan dahulu perkara-perkara lama. Memori-memori lama awak tu, freezekan sekejap. Kita format balik mindset awak…” saya berhenti seketika, mahu melihatkan reaksinya.
“… … …” speechless tampaknya. Ini menandakan dia memang terkesima dan fokus kepada hal yang diperbincang.
“Kemudian… anggap diri awak ni bagaikan kain putih yang belum lagi disentuh dan diwarnai oleh mana-mana atau apa-apa sumber. Awak adalah awak yang baru! Sekarang, mulalah! Mulalah lakukan sesuatu yang baru! Jadi awak yang baru! Lupakan seketika hal-hal yang dulu… mulakan sesuatu yang baru… InsyaALLAH… awak akan lebih menghargai diri awak seadanya…”
“… … …” dia masih speechless. Saya perlu lakukan sesuatu.
“Itulah maksud saya… Mulakan sesuatu yang baru. Bekukan sementara hal-hal yang lama.” saya cuba buat penutup yang ringkas.
“WAH… sebelum ni… saya tak pernah fikirkan hal-hal sebegini. Mendengarkannya, ia bagaikan saya lahir semula! Ia bagaikan saya baru kenal dunia ini! Betul tak Azam?”
“Nampaknya, anda mula memahaminya…” saya senyum.
“Thanks a lot Zam! You’ve given me the strenght! Thanks a lot Zam! Baik! Saya akan jadi saya yang baru! Tahun 2008 adalah tahun saya lahir semula! Sekarang, saya bersemangat untuk makan dulu! Sebelum tu, awak ada kad?”
Saya hulurkan kad saya kepadanya.
“Oh… patut la… The true mastermind… Patutla… Patutla macam rasa mind saya ni sedang dimasterkan! Baik, sekarang saya nak pegi makan! Jangan bimbang! Sekarang saya memang lapar! Sebab tu nak makan dulu! Saya bukan perli awak Zam. Tidak! You are the one that given me this strenght, how can i forget it! Jom, makan sekali!”
“Bagus lah kalau begitu… Senang-senang datanglah berjumpa saya ya… Takpe-takpe… awak makan la dulu… saya baru lepas je tadi…”
“Kalau begitu, saya pegi dulu ya. Zam, ada sebabnya saya minta kad ini. Dan, saya akan framekannya! Jha!” dia senyum dan terus menuju ke meja hidangan.
Saya juga senyum keseorangan. Pada malam ini, lahirnya seorang lagi manusia yang berazam. Lahir seorang lagi, ‘somebody’ di planet ini.
Saya senyum seketika.
PPS: saya memang yakin, dia benar-benar mula bersemangat selepas perbualan ringkas kami tadi tu. Atas 3 sebab utama. Pertamanya, jika dia hanya perli saya dan menjadikan alasan mahu makan semata-mata untuk mengelak daripada saya memperpanjang topik perbualan kami, masakan pula dia mempelawa saya untuk makan bersamanya; dia seorang yang peramah dan berbudi bahasa. Keduanya, saya dapat ‘membaca’ seseorang. Airmukanya, lagi-lagi pada lirikan matanya, menunjukkan dia adalah orang yang amat bersemangat sebenarnya. Sekali dia mula, pasti akan sampai akhir. Ketiganya, dan yang terpenting. Dia adalah seorang yang bijak. Dia tahu, hanya itu (nasihat setkan kembali mind) yang dia perlukan malam itu. Dia tidak memperpanjang lagi perbualan kami. Jika begitu, mungkin perbualan kami akan meleret ke isu-isu lain. Dan mungkin, intipati asal, akan menjadi hambar dan muak. Dia memang seorang yang bijak. Dia tahu apa yang dia mahu, dan dia tahu apa yang dia tidak mahu.
PPPS: yang menariknya, dia hanya datang untuk makan free sahaja, pada mulanya! Kelakar juga kawan kita ni sorang…
PPPPS: ada sebab langkah bekukan dan melupakan seketika memori lama, saya utarakan. Saya pasti, kawan kita itu pasti akan datang berjumpa saya kembali untuk pertanya hal ini. Dia tahu, tidak tepat jika dia mahu tahu segalanya kini. Dia memang seorang yang bijak.
PPPPPS: Semua, mari kita laungkan, “Happy New Year!!!”
PPPPPPS: ini adalah post khas, terdahulu di laman www.AzamWahid.wordpress.com (yang dah diblocked), sob… sob…
*** ADS By Azam Wahid ******************************
AKADEMI SMS dan segalanya tentang cakerawala SMS @ Irwan Dahnil. KLIK DI SINI!!!
*********************************************************************************************
= Mengenai PENULIS, Azam Wahid =
MOHD AZAM ABD WAHID @ AzamWahid @ M.A doqpob. @ M.A G.Wang.
“the TRUE MASTERMIND” (slogan Azam Wahid) www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com
Azam Wahid mula berkecimpung di dalam perniagaan dan pemasaran Internet sejak akhir tahun 2007. Azam Wahid sangat serius dengan aktiviti sebagai seorang penulis dan seorang blogger. Secara peribadi, Azam Wahid berpendapat, laman internet adalah cara terbaik untuk memperkembang diri ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Selain dapat meluahkan fikiran peribadi dan menambah ramai kenalan dari serata dunia, malah, laman internet juga mampu menjana pendapatan yang agak lumayan, pada masa yang sama. Beliau berasa puas dengan melakukan apa yang beliau seronok melakukannya, sekaligus dapat mempertingkat diri dari segi rohani, fizikal, mental dan pendapatan. Lawati laman internet beliau di www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com dan www.apsense.com/flash/azamwahid untuk mengenali Azam Wahid dengan lebih dekat.
“life is INVALUABLE” (motto Azam Wahid)
***Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di laman blog atau laman web anda ataupun sebarkannya melalui emel anda; dengan syarat, nota ringkas peribadi penulis (seperti di atas) disertakan bersama. Kandungan artikel tidak dibenar untuk diubah. Pengubahsuaian hanya dibenarkan kepada kandungan ‘PS’ yang dirasakan tidak perlu diletakkan, dan nota ringkas ini, serta pautan ‘ADS by Azam Wahid…’ jika dirasakan tidak perlu diletakkan (ketiga-tiga pengubahsuaian ini, boleh dilakukan samada untuk diubah, atau untuk dipadam). Jika anda mahu ia disiarkan di medium-medium yang lain (suratkhabar, buku bersama, majalah dan sebagainya), sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Harap maklum. Hak Cipta Terpelihara. Sebarang penyalahgunaan artikel ini (dan tidak mematuhi syarat-syarat ini) adalah dianggap ciplak dan/atau cuplik.***
“Salam KeBAHAGIAan”
((( Azam Wahid ))) – 1,535 hari lagi











>>> YOU and ME, sharing the ideas...