“WallpaperKU… MatlamatKU”

30 12 2007

ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

try.jpg klik gambar untuk full view

Amacam? Cantik tak wallpaper saya? (heheh… saya terpaksa padamkan nombor telefon saya. Dan, oh ya, website tu takde lagi. Rancangannya akan dibangun tahun depan)

Mengapa kali ini saya bangkitkan hal ini?

Apa kena mengenanya dengan fokus dan kepakaran saya iaitu WANG dan BISNES?

Ah-ha…

*** ADS by Azam Wahid ******************************
NAK START BISNES??? TIADA IDE??? jangan gundah gulana, ini jawapannya!
*********************************************************************************************

Jawapan dan penjelasannya sebegini… Pada pendapat saya, road to success amatlah berliku. Banyak rona-rona cabaran dan dugaan perlu ditempuhi. Banyak sekali! (setelah berjaya nanti… pasti kejayaan itu akan manis rasanya… emmm…)

Tetapi, kebanyakan kita amat kabur akan panduan ke jalan ini. Ya, antara sebabnya, adalah kerana tiadanya signboard seperti di tepi-tepi jalan raya. Jika ada, mudahlah kita untuk menyulusurinya seperti kereta-kereta di jalanan yang laju sahaja bergerak dek panduan signboard yang nyata dan jelas. Tetapi, bukan itu maksud saya, rakan-rakan. Sedarkah anda, apakah sebenarnya kunci untuk kita ke sana? Ke destinasi kita, kejayaan namanya?

Bersyukur, adanya saya di sini adalah untuk juga menjawab persoalan ini. Kunci maut ini adalah diri anda sendiri! Ya! Ia ada pada diri anda sendiri! Iaitu… matlamat anda!

Persoalan utama, sudahkah anda mempunyai matlamat?

Jika tidak, adakannya sekarang! Bukan esok, bukan lusa, malah, bukan 10 tahun lagi! Sekarang!

Bagaimana untuk anda tentukan matlamat? Nantikan post-post saya seterusnya… (sekarang, saya akan memperkait dengan wallpaper di atas ini terlebih dahulu…)

Baik, kebanyakan kita ada pelbagai wallpaper. Samada diletakkan di laman komputer anda atau di dinding bilik anda atau juga di mana-mana sahaja. Pelbagai. Sehinggakan, kekadang, sudah jadi amat berserabut sekali bilik dengan wallpaper-wallpaper sedemikian.

Sekarang, jangan lagi persiakan hidup anda. Antara slogan maut COACH saya, “Life is too short to be ordinary”. Jangan. Jangan persia detik-detik mendatang hidup anda lagi!

Mulakan hari cerah anda dengan wallpaper!

Walaupun ia hanyalah wallpaper, tetapi, itulah yang anda lihat saban hari. Malah, masuk sahaja bilik anda, anda akan lihat wallpaper itu! Ingat, memori kita akan mempengaruhi emosi dan semangat hidup kita seharian. Apa yang sering kita lihat, kita dengar, kita tengok, itulah yang akan membangkit minda separa sedar kita! Tak percaya? Cubalah?

Mula letak wallpaper matlamat anda! Apa anda mahu jadi? A pilot? (saya terdengar, ada rakan kita mahu menjadi juruterbang. Ingat, saya kan ada ilmu baca fikiran orang, heheh…) Maka, letakkan apa sahaja wallpaper yang ada kaitan dengan pilot dan kapal terbang! Jangan letak wallpaper kapal layar, tetapi wallpaper kapal terbang! (terbaik, edit dahulu, dengan apa cara sekalipun, letakkan juga bila anda mahu capainya – kenapa? Nantikan post saya yang berkaitan dengan hal ini nanti…)

Nah, sekarang anda faham bukan? Lakukan sekarang!

“Apa? Sekarang?”

Ya! Sekarang!

PS: tahu bila saya mahu memiliki kereta tu? Mac 2043 ini! Ketika saya menjadi seorang billionaire! InsyaALLAH, aminnn… Dan saya mahu membelinya dengan harga cash, biar seat nya masih lagi berbau kilang dari Jerman!

PSS: ini adalah wallpaper laptop saya. Wallpaper di dinding bilik saya lagi gempak! Nak tengok? Heheh…

PPPS: ini adalah post khas, terdahulu di laman www.AzamWahid.wordpress.com (yang dah diblocked), sob… sob…

*** ADS by Azam Wahid ******************************
YOU CHAN DO IT!!! success outcome system! rahsia kejayaan INTERNETPRENEUR terkenal DUNIA!
*********************************************************************************************

= Mengenai PENULIS, Azam Wahid =

MOHD AZAM ABD WAHID @ AzamWahid @ M.A doqpob. @ M.A G.Wang.
the TRUE MASTERMIND” (slogan Azam Wahid) www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com
Azam Wahid mula berkecimpung di dalam perniagaan dan pemasaran Internet sejak akhir tahun 2007. Azam Wahid sangat serius dengan aktiviti sebagai seorang penulis dan seorang blogger. Secara peribadi, Azam Wahid berpendapat, laman internet adalah cara terbaik untuk memperkembang diri ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Selain dapat meluahkan fikiran peribadi dan menambah ramai kenalan dari serata dunia, malah, laman internet juga mampu menjana pendapatan yang agak lumayan, pada masa yang sama. Beliau berasa puas dengan melakukan apa yang beliau seronok melakukannya, sekaligus dapat mempertingkat diri dari segi rohani, fizikal, mental dan pendapatan. Lawati laman internet beliau di www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com  dan www.apsense.com/flash/azamwahid  untuk mengenali Azam Wahid dengan lebih dekat.
life is INVALUABLE” (motto Azam Wahid)

***Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di laman blog atau laman web anda ataupun sebarkannya melalui emel anda; dengan syarat, nota ringkas peribadi penulis (seperti di atas) disertakan bersama. Kandungan artikel tidak dibenar untuk diubah. Pengubahsuaian hanya dibenarkan kepada kandungan ‘PS’ yang dirasakan tidak perlu diletakkan, dan nota ringkas ini, serta pautan ‘ADS by Azam Wahid…’ jika dirasakan tidak perlu diletakkan (ketiga-tiga pengubahsuaian ini, boleh dilakukan samada untuk diubah, atau untuk dipadam). Jika anda mahu ia disiarkan di medium-medium yang lain (suratkhabar, buku bersama, majalah dan sebagainya), sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Harap maklum. Hak Cipta Terpelihara. Sebarang penyalahgunaan artikel ini (dan tidak mematuhi syarat-syarat ini) adalah dianggap ciplak dan/atau cuplik.***

“Salam KeBAHAGIAan”

((( Azam Wahid ))) – 1,535 hari lagi


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen