“SS; ONE SWEET DAY – Mariah Carey feat Boyz II Men”

31 12 2007

ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Yeah yeah!

Hari ini, hari santai kita! Yeah Yeah…!

(oh ya… Untuk kali ini, jangan sebut ‘yeah yeah’ itu mengikut intonasi Badi Amuk ya. Sila sebutnya dengan nada kegembiraan; seperti kanak-kanak yang baru sahaja mendapat bunga api, sempena menyambut malam pertama Hari Raya Puasa – emmm… teringat masa-masa kecil dahulu… :) )

“Azam… Mariah Carey lagi… emmm… ada makna ke ni…???” terdengar saya akan suara garau di sebelah. Ya, suaranya agak garau, tetapi mesra!

“Minta penjelasan Zam…!” terdengar satu lagi suara sebegitu! Oh… oh…!

“Emmm… macamane saya nak perjelas ya… Emmm… Kenapa Mariah Carey lagi…? Eh, tapi kali ni Boyz II Men pun ada sekali! Emmm… apa pun, ikutilah dulu liriknya ya.” Tersengih saya kepada mereka berdua…

Mereka pun keluar daripada kegelapan…

Rupanya mereka bergurau membuat suara garau tadi…! Tidak seberapa nampak tadi, gelap! Kawan-kawan saya rupanya… :)

PS: kepada anda yang mempunyai lagu ini disimpanan anda, mainkanlah lagu ini bersama! It is a beautiful song to hear! It really is!

*** ADS By Azam Wahid ******************************
himpunan TIPS khusus jika anda BENAR-BENAR ingin MENJAGA KESIHATAN dengan baik
*********************************************************************************************

==================================================================

Sorry I never told you
All I wanted to say
And now it’s too late to hold you
Cause you’ve flown away
So far away

Never had I imagined
Living without your smile
Feeling and knowing you hear me
It keeps me alive
Alive

And I know you’re shining down on me from heaven
Like so many friends we’ve lost along the way
And I know eventually we’ll be together
One sweet day

Darling I never showed you
Assumed you’d always be there
And I took your presence forgranted
But I always cared
And I miss the love we shared

Although the sun will never shine the same
I’ll always look to a brighter day

Lord I know when I lay me down to sleep
You will always listen as I pray

Sorry I never told you
All I wanted to say…

==================================================================

Perghhh! Itulah yang hanya mampu saya garapkan, akan kepada betapa indahnya lagu ini. Betapa harmoni melodinya. Betapa merdunya suara mereka. Betapa puitis liriknya. Betapa aura disampaikannya. Perghhh!

Paduan suara Mariah Carey (diva planet bumi!) dan kumpulan Boyz II Men (lagenda genre ‘R&B and Soul’) adalah menarik dan cocok sekali. Ia bagaikan seperti mereka dilahirkan untuk menyanyikan lagu ini bersama! Sungguh kuat auranya!

Begitu juga dengan lirik ini. Ia amat ‘jiwang’!

Seseorang yang merindui kekasihnya yang kejauhan. Rindu yang teramat. Ditambah pula, tidak bersempat untuk meluahkan segala apa yang terpendam. Hanya dibiarkan ia membeku di dalam diri. Hanya membiarkan rindu terus membuai diri. Hanya membiarkan si dia jauh di sisi.

Sementelah itu, si kekasihnya juga sebegitu! Dia juga tidak bersempat untuk melampiaskan sepenuhnya rasa kasih dan sayangnya terhadap kekasihnya yang ditinggalkan! Dia juga kesepian dan kerinduan yang teramat! Dia juga menderita yang teramat!

Namun, keduanya masih setia dengan kasih yang telah terpahat kukuh dalam diri. Mereka yakin dan amat percaya, bahawa, suatu hari nanti, mereka akan dipertemu juga. Hari itu pasti akan tiba… One sweet day…

One sweet day… Hari yang akan diketemu oleh mereka-mereka yang mencari…

One sweet day… Hari yang diidam oleh setiap mereka yang penjumpa…

One sweet day… Hari yang segalanya bagi mereka…

PPS: saya memang minat dengan Mariah Carey!

PPPS: juga dengan Boyz II Men!

PPPPS: juga dengan genre ‘R&B and Soul’!

PPPPPS: hari ni, memang kita santai betul! Yosh! :D

PPPPPPS: walaupun video klip untuk lagu ini memang sudah amat menarik, tetapi, secara peribadi, mereka dapat membuat video klip yang lebih UMPHHH! Kerana lagu ini is a legend! Tetapi, video klip yang tersedia, memang sudahpun amat menarik!

“Awak… terima kasih ya…” kata Mariah Carey.

“Sama-sama Yah! :D ” jawab saya.

PPPPPPPS: ya! Kami memang rapat! Tengok tu! Mariah panggil saya ‘awak’, dan saya panggil dia ‘Yah’! Kami memang rapat! :D

PPPPPPPPS: ini adalah post khas, terdahulu di laman www.AzamWahid.wordpress.com (yang dah diblocked), sob… sob…

*** ADS By Azam Wahid ******************************
KURANGKAN BIL anda dengan ALAT PENJIMATAN HEBAT ini! ya! mula berjimat sekarang!
*********************************************************************************************

= Mengenai PENULIS, Azam Wahid =

MOHD AZAM ABD WAHID @ AzamWahid @ M.A doqpob. @ M.A G.Wang.
the TRUE MASTERMIND” (slogan Azam Wahid) www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com
Azam Wahid mula berkecimpung di dalam perniagaan dan pemasaran Internet sejak akhir tahun 2007. Azam Wahid sangat serius dengan aktiviti sebagai seorang penulis dan seorang blogger. Secara peribadi, Azam Wahid berpendapat, laman internet adalah cara terbaik untuk memperkembang diri ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Selain dapat meluahkan fikiran peribadi dan menambah ramai kenalan dari serata dunia, malah, laman internet juga mampu menjana pendapatan yang agak lumayan, pada masa yang sama. Beliau berasa puas dengan melakukan apa yang beliau seronok melakukannya, sekaligus dapat mempertingkat diri dari segi rohani, fizikal, mental dan pendapatan. Lawati laman internet beliau di www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com  dan www.apsense.com/flash/azamwahid  untuk mengenali Azam Wahid dengan lebih dekat.
life is INVALUABLE” (motto Azam Wahid)

***Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di laman blog atau laman web anda ataupun sebarkannya melalui emel anda; dengan syarat, nota ringkas peribadi penulis (seperti di atas) disertakan bersama. Kandungan artikel tidak dibenar untuk diubah. Pengubahsuaian hanya dibenarkan kepada kandungan ‘PS’ yang dirasakan tidak perlu diletakkan, dan nota ringkas ini, serta pautan ‘ADS by Azam Wahid…’ jika dirasakan tidak perlu diletakkan (ketiga-tiga pengubahsuaian ini, boleh dilakukan samada untuk diubah, atau untuk dipadam). Jika anda mahu ia disiarkan di medium-medium yang lain (suratkhabar, buku bersama, majalah dan sebagainya), sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Harap maklum. Hak Cipta Terpelihara. Sebarang penyalahgunaan artikel ini (dan tidak mematuhi syarat-syarat ini) adalah dianggap ciplak dan/atau cuplik.***

“Salam KeBAHAGIAan”

((( Azam Wahid ))) – 1,534 hari lagi


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen