“SS; SMILE – Michael Jackson”

31 12 2007

ASSALAMUA’LAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

Apa kata kita bersantai seketika sekali lagi? Kali ini, ikuti pula lirik lagu ‘Smile’ yang didendangkan oleh Saudara Michael Jackson (cecewah… dendang-dendang lah pula… Saudara-saudara lah pula…; eh, omputih – bahasa pasar ni – boleh ke dipanggil Saudara???) (heheh…)

“Lirik lagu plak Zam? Lagipun, kan semalam kita dah bersantai dah… Minta penjelasan.” Terdengar suara rakan kita – yang selalu nak minta penjelasan. Emmm… tak mengapa, bagus tu…

“Emmm… anda dari KL kan?” saya mengangkat sebelah kening.

“Ya. Kenapa? Apa kena mengena dengan KL dan lirik ni… Tapi… Tajuknya menariklah… Michael Jackson plak yang dendangkannya… Ceh, dendang-dendang la plak… Menarik juga ni… Oh ya, kenapa Zam?” dia pula mengangkat kedua-dua keningnya.

“Baik. Anda ikuti santapan saya kali ini dan saya akan perjelas di akhirnya. Boleh? Lagipun, anda berminat bukan?”

“Ok bos!” dengan tersengihnya rakan kita membalas.

“Oh, ini kawan kita yang ‘ok bos, ok bos’ hari tu…” berbisik saya di dalam hati. “Bagus tu… ikut ya… Bos!” saya cuba pastikannya.

“Ok bos!”

“Dah sah! Memang dia… Apa pun, ada kawan sebegini, seronok juga kan.” Berbisik lagi saya di dalam hati.

YOSH!!! Mari kita mulakan…

*** ADS by Azam Wahid ******************************
BELAJAR BAHASA ARAB dengan MUDAH! klik di sini!!!
*********************************************************************************************

==================================================================

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it’s breaking
When there are clouds in the sky
You’ll get by…

If you smile, with your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You’ll find that life is still worthwhile
If you’ll just…

Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness
Although a tear may be ever so near

That’s the time you must keep on trying
Smile, what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile
If you’ll just…

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it’s breaking
When there are clouds in the sky
You’ll get by…

If you smile
Through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You’ll find that life is still worthwhile
If you’ll just Smile…

That’s the time you must keep on trying
Smile, what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile

If you’ll just Smile

==================================================================

Wah… dug dap dug dap jantung saya… Saya memang ‘layan’ betul lagu ni!

Kerana ketika saya menulis ini, saya iringinya dengan mendengarkan lagu ini. Alunan violinnya cukup menikam qalbu. Cukup membuatkan kita dibelai olehnya.

Sebenarnya, ini adalah lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Jimmy Scott (seorang penyanyi Jazz, antara genre yang saya amat minati). Oleh kerana lagu ini sangat tinggi nilai ‘isinya’, maka Michael Jackson menyanyikannya semula. Ya! Saya yang menemuramahnya sendiri! Heheh…

(PS: sebenarnya, hari ini adalah hari presentation produk / ulasan produk; jika diikut kepada jadual post artikel di laman blog ini. Tetapi, oleh sebab memikirkan penetapan hari santai saya adalah pada hari Jumaat; yang kebanyakan kita tidak bersantai ketika itu – rakan-rakan kita di negeri-negeri Malaysia barat umumnya masih lagi berpanas terik mencari nafkah – hari santai mereka adalah pada hari Sabtu, saya ingin memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk bersama bersantai, bersama kita, seketika. Tetapi, ia adalah untuk kali ini sahaja. Bermula minggu depan, hari santai laman blog ini adalah pada hari Jumaat. Gomen ne)

“Oh, itu sebabnya… Bagus juga ya. Lepas ni, pasti hari Jumaat adalah hari santai saya! Saya mahu bersantai dengan laman blog ini! Ok bos!”

“Terima kasih… bos…???”

“Ok, bos!”

- Saya berkeputusan untuk tidak lagi membalas -

Lagipun, secara peribadinya, memang sudah lama saya berhajat untuk bersama berkongsi dengan anda kepada hal-hal lirik lagu ini. Syukur, tercapai juga kini. Sukanya… heheh…

Rakan-rakan, cuba amati sebaiknya runut-runut lirik lagu ini. Ia amat bermakna sekali. Amat berisi. Ia seakan berkata kepada kita, bahawa, usahlah sangat berduka dengan apa juga yang berlaku dalam hidup kita. Masih ada lagi cahaya yang mendatang. Hanya senyum, dan segalanya akan hilang seketika… Didiklah diri untuk tidak sangat sedih dan duka dengan apa yang dihadapi. Tetapi didiklah diri untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat selalu. Sentiasa. Dan, jangan lupa untuk juga bersenyum… Antara nikmat, yang dipandang nampak-tidak-nampak oleh kebanyakan kita… Antara sedekah yang paling murah, yang semua kita boleh lakukannya; walau OKU sekali pun… Ia menduduki tempat teratas dalam senarai membuat betapa senangnya membuat kebaikan!

Yang menariknya, dia (MJ) menangis di akhir lagu ini. Berjiwa sungguh! Hebat! Sekali lagi, lagu yang tepat dinyanyikan oleh penyanyi yang tepat. Dan versi MJ ini adalah lebih touching daripada yang asalnya!

Rakan-rakan, senyumlah…

PPS: jika anda mahukan lagu yang sama dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Jimmy Scott, saya boleh emelkannya kepada anda. Minta la ya…

PPPS: ini adalah lagu ringtone phone saya! Memang best lagu ni!

PPPPS: anda mahu tahu juga ringtone apa yang saya gunakan untuk group family saya? Misteri… heheh…

PPPPPS: saya juga sering mendengarnya, terutamanya, ketika hati sedang berduka dan gundah gulana. Emmm… ya, saya seperti anda juga, manusia biasa. Cuma… luarbiasa sedikit sahaja… heheh…

PPPPPPS: sekali lagi, mari bersenyum…

*** ADS by Azam Wahid ******************************
BERJAYA dalam dunia AFFILIATE!!! ini RAJA nya!
*********************************************************************************************

= Mengenai PENULIS, Azam Wahid =

MOHD AZAM ABD WAHID @ AzamWahid @ M.A doqpob. @ M.A G.Wang.
the TRUE MASTERMIND” (slogan Azam Wahid) www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com
Azam Wahid mula berkecimpung di dalam perniagaan dan pemasaran Internet sejak akhir tahun 2007. Azam Wahid sangat serius dengan aktiviti sebagai seorang penulis dan seorang blogger. Secara peribadi, Azam Wahid berpendapat, laman internet adalah cara terbaik untuk memperkembang diri ke tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Selain dapat meluahkan fikiran peribadi dan menambah ramai kenalan dari serata dunia, malah, laman internet juga mampu menjana pendapatan yang agak lumayan, pada masa yang sama. Beliau berasa puas dengan melakukan apa yang beliau seronok melakukannya, sekaligus dapat mempertingkat diri dari segi rohani, fizikal, mental dan pendapatan. Lawati laman internet beliau di www.AzamWahidDOTCOM.wordpress.com dan www.apsense.com/flash/azamwahid untuk mengenali Azam Wahid dengan lebih dekat.
life is INVALUABLE” (motto Azam Wahid)

***Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di laman blog atau laman web anda ataupun sebarkannya melalui emel anda; dengan syarat, nota ringkas peribadi penulis (seperti di atas) disertakan bersama. Kandungan artikel tidak dibenar untuk diubah. Pengubahsuaian hanya dibenarkan kepada kandungan ‘PS’ yang dirasakan tidak perlu diletakkan, dan nota ringkas ini, serta pautan ‘ADS by Azam Wahid…’ jika dirasakan tidak perlu diletakkan (ketiga-tiga pengubahsuaian ini, boleh dilakukan samada untuk diubah, atau untuk dipadam). Jika anda mahu ia disiarkan di medium-medium yang lain (suratkhabar, buku bersama, majalah dan sebagainya), sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Harap maklum. Hak Cipta Terpelihara. Sebarang penyalahgunaan artikel ini (dan tidak mematuhi syarat-syarat ini) adalah dianggap ciplak dan/atau cuplik.***

“Salam KeBAHAGIAan”

((( Azam Wahid ))) – 1,534 hari lagi


Tindakan

Informasi

Tinggalkan komen